Oleh Skchua
Aktivis media di Pulau Pinang telah mula mempromosikan aktiviti Pesta Hari Kebebasan Media Sedunia 2003 (WPFD2003) di setiap sudut negara dengan tujuan menyebarkan kesedaran kepentingan kebebasan media di kalangan warganegara moden kita.
Di bawah anjuran SOS Penang, Pesta Kebebasan Media yang ditetapkan pada 4 Mei akan disertai dengan aktiviti ‘Bulan April: Bulan Kebebasan Media’. Sebagai maklumat, prinsip asas kebebasan media disambut pada 3 Mei setiap tahun untuk menilai kebebasan media di seluruh dunia.
Selain pelbagai jenis bengkel media, tiga aktiviti pra-pesta disediakan untuk melibatkan penyertaan semua orang, termasuk pembaca Siasahonline:
(A)Pertandingan Karangan Kebebasan Media (tarikh tutup: 1 Mei 2003)
Tajuk karangan bentuk novel berkaitan dengan pengalaman dan penilaian peribadi terhadap kebebasan media atau kekurangannya di Malaysia. Karangan peserta (1000-1500 perkataan) akan ditunjukkan dalam www.thefreemedia.com demi komen awam, agar orang awam boleh menamakan pilihan mereka sebagai pemenang hadiah.
Hadiah-hadiah yang bernilai ratusan ringgit berasal daripada tajaan para penyokong kebebasan media seperti e-kupun Malaysiakini, buku-buku baru, kursus latihan media dan sebagainya. Adalah diketahui bahawa banyak lagi hadiah tajaan akan disumbangkan.
(B) Anugerah Media Pengguna—Penamaan pelakon media terbaik dan terburuk tahun 2002/3 (tarikh tutup 1 Mei)
Berlainan dengan ‘Malam Media’ di mana media terima rasuah daripada pihak yang berkepentingan membeli ‘media yang baik’, anugerah ini akan meletakkan setiap pelakon media (pelaksana, pemain, pengguna, penguatkuasa atau ahli politik) di bawah pemeriksaan ketat. Penghargaan akan mengenalpastikan pelakon media terbaik dalam kebebasan media, manakala kritikan pula untuk pelakon terburuk.
Setiap pemenang media Melayu, Inggeris dan Cina terbaik akan memperolehi hadiah bernilai RM1,000, dan ‘hadiah’ juga menunggu pemenang pelaksana media terburuk. Setiap penamaan yang akan ditunjukkan dalam www.thefreemedia.com harus disertai dengan alasan yang kurang daripada 1,000 perkataan.
(C) Pertunjukan hasil kerja media baru
Ekspo media mini menjemput mereka yang berminat mempamerkan hasil kerja media dalam pondok pesta WPFD2003 di Pulau Pinang secara percuma, dengan bantuan projektor LCD dan monitor TV. Sehingga kini, sekurang-kurangnya 2 buku baru, 3 video baru dan perkhidmatan latihan pembuatan radio dan video telah di senarai akan dilancarkan ketika itu.
Di samping itu, satu pengundian ‘Sejauh mana anda percaya laporan media?’ akan dijalankan sepanjang bulan April.
Sebarang persoalan dan penghantaran boleh menghubungi
WPFD 2003 Festival Secretariat
Alamat: 8, Lr Prangin, 10300 Penang.
Tel: 04-2617585 Faks: 04-6575591
Email: pofclub@pd.jaring.my
E-group: http://groups.yahoo.com/group/vtownhall