Oleh Wan Nordin Wan Yaakob
Dato' Dr Hassan Mohd Ali (PAS Parit Buntar) dalam Dewan Rakyat
pada 27hb Mac lalu mendakwa Badan Pencegah Rasuah (BPR) mengambil masa terlalu lama untuk menyiapkan siasatan terhadap kes rasuah Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Mohd Khir Toyo.
Dr Hassan berkata, tindakan tersebut akan melambatkan proses pendakwaan terhadap Khir Toyo.
Katanya lagi, selama ini BPR turut lewat dalam menyiapkan siasatan terhadap beberapa kes yang melibatkan pemimpin kerajaan menyebabkan kes tersebut tidak menjalani proses pendakwaan.
" Kerajaan hanya tahu beri alasan bahawa bukti tidak kukuh untuk lindungi pemimpin mereka, sedangkan jika yang terbabit itu lawan mereka, penyiasatan akan segera dilakukan," tambahnya.