KM(bergilir):Lajim Hampir Tersisih,Ghafur Gugur..

Oleh Ibn Sabah,



Dalam kesedihan kita melihat derita umat Islam dan rakyat awam Iraq dijadikan sasaran nafsu ganas bak

binatang oleh gerombolan penceroboh tentera kufur Amerika-British. Kelakuan hipokrit, sandiwara mereka

yang berpura-pura baik dan berbagai-bagai lagi.Semuanya anda boleh tatap di muka-muka akhbar, TV dan

internet.... Mudah-mudahan Allah melindungi dan menyelamatkan mereka dari petaka yang lebih besar...

Amin ya Rabbal'alamin!!! 


Penulis ingin membawa sedikit selingan dengan mengajak pembaca, khususnya rakyat di Negeri Di Bawah Bayu

untuk melihat dan mengamat-amati senario politik Sabah mutakhir ini. Sebaik ternobatnya seorang lagi pemimpin

UMNO Sabah menjadi ketua menteri ke 7 dalam sistem giliran yang memusnahkan ekonomi dan Perlembagaan

Negeri Sabah, dan yang ke 13 dalam sejarah KM Sabah sejak merdeka. KM bergilir ke 7 itu, ialah Datuk Musa

Aman berasal dari Beaufort, berketurunan campuran pakistan+ ...?, tapi jadi wakil rakyat di Sungai

Sibuga, Sandakan. Seorang bekas Pengarah Yayasan Sabah sebelum masuk kabinet negeri. Isu Yayasan Sabah

sekarang cukup panas selepas peninggalannya dengan 1001 kisah, pengurang pekerja, masalah kewangan dan

lain-lain. Apakah itu warisannya sebagai Pengarah Yayasan Sabah dulu atau warisan semua

pengarah-pengarah Yayasan Sabah terdahulu, Datuk Syed Kechik, Ben Stephen dan Dr Jefry. Sekarang Yayasan

Sabah diketuai oleh Datuk Khalil Jamalul bekas Setiausaha Kerajaan Negeri. Mampukah Datuk Khalil

mengangkat semula kecemerlangan Yayasan Sabah seperti suatu ketika dulu???????????????????????????????
 
Kita lupakan kisah YS dan Datuk Khalil. Kembali membaca dan melihat senario politik Sabah yang berketua 
menterikan (bergilir) orang tidak popular,Datuk Musa Aman. Dasar yang dilaungkan adalah

pembangunan dan mengatasi cabaran besar ekonomi Sabah.Dalam situasi beban hutang seperti yang diketahui umum

Sabah adalah negeri di Malaysia paling kaya dengan HUTANG sehingga mencecah jumlah RM5 billion. Bolehkah

Musa Aman tangani. Sedang ketika diamanah menjadi Pengarah Yayasan Sabah dulu, Yayasan Sabah hari ini

menderita sampai ada staf Yayasan Sabah yang dibuang kerja. Tentu isu Yayasan Sabah secara praktiknya ada

kaitan dengan pengarah-pengarahnya yang lepas. 


Antara Strategi Susun Semula Pentadbiran Dan Nawaitu Baru sehari dua berada di atas kerusi KM bergilirnya,

Musa Aman sudah mula tunjuk orang pintar dan pandai dalam menyusun dasar pentadbirannya sebagai KM

bergilir ke 7. Dengan melaungkan retorika pembangunan dan menghadapi cabaran ekonomi yang sedang tenat yang

dihadapi Sabah sejak Sabah dikuasai oleh UMNO/BN dengan janji 100 hari dan janji-janji dalam retorika

Sabah Baru. Kini UMNO/BN sudah menguasai politik negeri ini hampir 10 tahun, tetapi gambaran indah

janji 100 hari dan Sabah Baru masih belum menjadi kenyataan untuk rakyat Sabah dan kerajaan negeri

banggakan.  


Mungkin rakyat Sabah boleh berbangga dengan tertubuhnya sebuah universiti, iaitu Universiti Malaysia 
Sabah (UMS), sebaik UMNO/BN berkuasa melalui rampokan disiang hari… Tetapi, UMS diwujudkan itupun,

setelah cawangan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dikuburkan. Inilah gaya pentadbiran UMNO/BN dalam

mentadbir negeri dan negara. Wujudkan yang baru, bunuh atau kuburkan yang lama. Sepatutnya, sepenting

institusi pendidikan ini. Pertumbuhan dan perkembangan institusi seperti ini wajar ditambah atau ditingkatkan

dari semasa ke semasa. Bukan, seperti yang dilakukan UMNO/BN Sabah; matikan dulu yang sudah ada, kemudian

baru wujudkan yang baru. Tidak seperti tindakan unilateral Amerika-British yang memusnahkan Iraq,

Aghanistan, kemudian baru dibangun semula, kerana untuk memuaskan kehendak hawa nafsu penguasa zalim dan

rakus itu. Jelas, kepimpinan UMNO/BN sekadar pandai agih projek kepada kroni dam anak bini demi untuk

mengaut kekayaan sesama mereka. Namun, rakyat terbanyak masih ditakok yang sama terus hidup seperti

kais pagi makan pagi, kais petang makan petang dengan tulang empat kerat mereka. Sementara penguasa ‘elit’

politik yang rakus dan tamak semakin serakah mengenyangkan perut dan mengisi tembolok besar mereka,

tanpa mengira haram atau halal. Malah derita rakyat terbanyak tidak begitu dikisahkan sangat. Yang penting

dulu, diri sendiri, kroni dan pengampu yang berkeliling dipinggang-pinggang mereka. Mereka ini

mesti dikenyangkan terlebih dulu. Kalau tidak, alamat gelaplah masa depan politik mereka. Inilah minda

kepimpinan UMNO/BN Sabah, sejak dulu, kini dan selama-lamanya.

 
Sekiranya, beginilah budaya, pemikiran dan cara gaya kepimpinan UMNO Sabah. Mampukah mereka untuk menganjak

satu perubahan lebih besar dalam pentadbiran kerajaan negeri. Rakyat sudah melihat tiga KM bergilir dari

UMNO Sabah, dari Tun Sakaran apa yang dia buat untuk rakyat dan negeri, Datuk Salleh Tun Said, apa yang dia

lakukan untuk Sabah dan rakyat dan Osu Sukam, apa yang rakyat boleh banggakan dalam masa dia jadi KM bergilir

dari UMNO Sabah. Kini, Musa Aman, mampukah dia mengamankan rakyat Sabah dan negeri ini dari segala

macam kemelut yang timpa-menimpa. Dari isu PTI, isu bom ikan, isu balak haram, isu ekonomi tenat dan

pembangunan yang konon mahu beliau perkasakan semula. Kita tunggu setakat mana ia boleh dilakukan oleh Musa

Aman. Silap-silap, sekadar bersemangat diawal musim. Tidak mustahil, tempoh 2 tahunnya akan habis begitu

saja. Tembolokannya penuh, anak bini, kroni dan suku sakat bertambah kaya raya. Bukan, setakat itu. Tidak

mustahil, suku sakat Aman akan bermaharajagila di Sabah.


Harapan dan doa rakyat Sabah, Musa Aman tidak akan menjadikan Sabah sebagai milik peribadi dan kroninya.

Jangan ulangi gaya Harris Salleh, selepas hilang kuasa KM dia terus jadi kaya raya harta/kekayaannya di

sana-sini. Dia ada kebun, lading dan hotel  di mana-mana??? 

 

Apakah Musa juga sudah punya niat sebegitu. Sebagai seorang Islam, kuasa ada kaitannya dengan amanah dan

tanggungjawab. Amanah ada kaitan dengan iman. Tetapi, nilai-nilai ini selalunya dilupakan. 

Bila Musa Tunjuk Hebat Dengan Cuba Cari Musuh Politiknya 

Dalam diam. Musa tunjuk-tunjuk hebat dan pandai mentadbir negeri. Dia juga sudah memasang perangkap

terhadap musuh politiknya yang berada dalam kelambunya. Musa susun semula kabinetnya, walaupun

tidak banyak perubahan besar. Sekadar gugurkan Ghafur, kurangkan peranan Lajim. Sambil angkat kroninya dalam

UMNO Sabah, menaikkan pangkat Datuk Rahim Ismail sebagai menteri kabinet baru dengan mengambil

portfolio Datuk Lajim yang berkaitan pertanian dan industri makanan. Berkebetulan, Rahim punya kelulusan

bidang hutan. Tinggallah, Lajim dengan jawatan Timbalan KM bergilir tanpa peranan besar dalam kabinet

negeri. Sementara rakannya yang bergelar Timbalan KM bergilir masih tetap dengan portfolio masing-masing,

Datuk Wences yang mewakili kouta bumiputera non-muslim dan Datuk Than Yip Shin  mewakili kouta Cina.
 

Tanpa sedar, tindakan Musa kepada dua menteri kabinet yang bersaing dengannya dalam perebutan kerusi KM

bergilir bagi pusingan UMNO Sabah, sebelum dia diisytihar oleh Mahathir pada 4 Mac dulu di Kuala

Lumpur. Seperti terbuku satu titik hitam dalam hati kecilnya. Bagaimana mahu bersilat dengan kedua tokoh

itu, bila kuasa sudah dalam tangan. Sahlah, bahawa niat nekad politik Musa  kepada dua pesaingnya itu.

Ibarat menarik rambut dalam tepung. Akan tetapi tetap memberi kesan kepada mereka yang termakan lada. Datuk

Lajim hampir tersisih dan Datuk Ghafur tergugur. Sementara, Datuk Chong Kah Kiat bekas ketuanya masih

kekal dihatinya dengan mengekalkan bekas ketuanya dalam portfolio sama berkaitan perlancongan dan alam

sekitar. Pelik tapi benar. Politik Sabah orang kata amat unik. Unik bukan kerana kebijaksanaan

politikusnya. Kerana apa… anda sebagai rakyat boleh nilai dan baca sendiri.

Sah dan benarlah, Musa membikin musuh politiknya dalam menangani dua pesaingnya itu. Kemungkinan juga, Musa

berusaha melanjutkan dendam politik Datuk Anifah Aman, adiknya terhadap Datuk Lajim. Kerana Anifah pernah

menentang Lajim dalam pilihanraya negeri 1994, ketika itu Lajim masih dalam PBS, tapi Anifah tumbang. Bila

Lajim masuk UMNO, sekali lagi mereka berlawan merebut ketua bahagian UMNO Beaufort, sekali lagi Anifah

tersungkur dikaki Lajim. Kedudukan keputusan tetap tercatat 2-0. Ini petanda bahawa pengaruh dan

kehebatan Lajim di Beaufort amat kuat. Sukar untuk digugat oleh sesiapa selagi Lajim aktif berpolitik,

walaupun dia bukan YB berkelulusan tinggi. Tetapi, Lajim memiliki kepimpinan yang setanding mereka yang

keluar dari universiti. Bahkan, Lajim lebih bagus.Kerana ada YB berkelulusan universiti, namun ilmu yang

diperolehinya di universiti tidak digunanya untuk memimpin. Akibatnya, ada YB UMNO/BN yang lulus

universiti bila jadi YB jadi kaki ampu, kaki projek, kaki rasuah dan kaki buyuk rakyat. Berbeza dengan

Lajim, dia sekadar lulusan universiti kampung, tetapi jiwanya penuh dengan jiwa pemimpin besar. Rakyat terus

menyokongnya, sebab hati Lajim dekat rakyat, hati rakyat pula amat dekat dengannya.

 
Lajim Yang Bakal Tersisih


Reputasi, pengaruh dan kekuatan ada dalam diri Datuk Lajim sebagai pemimpin. Dia mula naik di zaman PBS,

terus mendaki kejayaan politik sehingga kini. Namanya,terus diangkat bila dia bersama Datuk Rubin keluar PBS

yang menyebabkan PBS hilang 2/3 kuasa di DUN Sabah,dan UMNO/BN berkuasa di Sabah. Dan Lajim dilantik ke

dalam kabinet Tun Sakaran yang menjadi KM bergilir pertama UMNO/BN, sebagai timbalan KM bergilir dan

memegang portfolio pertanian dan industri makanan sehingga 27 Mac lalu. Bila Musa jadi KM bergilir ke 7

angkat sumpah. Nama Lajim tidak lagi secerah dulu. 


Jasanya menaikkan UMNO/BN di Sabah pada 1994 bersama Datuk Rubin sudah samar-samar dalam pandangan UMNO

Sabah. Kekananannya dalam kabinet negeri, sebagai MT UMNO pusat dan orang penting UMNO Sabah tidak lagi

penting. Tidak mustahil, pilihanraya negeri akan datang namanya akan tersisih lagi. 


Masih ada sinarkah Lajim dalam UMNO Sabah dalam era Musa sekarang. Atau Lajim sudah membuat percaturan

politik untuk survivalnya dalam senario politik Sabah. Itupun kalau Lajim masih berminat untuk terus

berpolitik. Mungkinkah Lajim sudah hilang bisa politiknya. Atau Lajim sudah punya anak didik

politiknya di kawasan Beaufort yang boleh diharap mengambil alih bila dia berundur nanti. Sebab, musuh

politiknya di Beaufort dan peringkat negeri bukan calang-calang. Setidak-tidaknya, kekuatan dan pengaruh

Lajim di Beaufort tetap tidak akan tergugat atau digugat oleh sesiapa. Lebih-lebih lagi dari kem

Musa-Anifah. Bila Anifah-Musa menguasai politik Beaufort pasti anak-anak jati Beaufort akan tersisih

dari arus politik Sabah. Hal ini, wajar difikir-fikirkan oleh UMNO Beaufort. Bila politik

‘hidung tinggi’ bermaharajagila di Beaufort dan Sabah, malah di dalam negara ini. Lajim dan kemnya, jangan

sampai tersalah langkah dan percaturan politik. Kerana budaya politik UMNO dulu, kini dan selama-lamanya

adalah jatuh-menjatuhkan kawan dan cantas-mencantas kawan bila mahu naik ke atas. Kes Anwar adalah contoh

amat ketara untuk difikir-fikirkan oleh ahli-ahli UMNO.


Itulah, serba ringkas ramalan dan ulasan penulis tentang nasib Lajim, jika dia tersalah percaturan

politiknya. Apa pula nasib Datuk Ghafur. Sungguhpun, Musa ada berkata, bahawa dia akan berbincang dengan

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk KY Mustafa, tentang apakah peranan untuk Datuk Lajim. Hingga setakat ini,

belum ada lagi peranan untuk Lajim, tetapi untuk Datuk Dr Maximus Ongkili telahpun diumumkan diberikan

peranan penasihat sains dan teknologi. Apa pula peranan yang akan diberi kepada Datuk Lajim, masih

belum diumumkan?.

Ghafur Ibarat Jatuh Ditimpa Tangga 

Ghagur yang nampak garang ketika meminta ketua pemuda UMNO negeri memberikan bukti kukuh tentang siapa yang

mahu gugat pengaruh Datuk Musa Aman sebagai ketua perhubungan UMNO Sabah. Walaupun cabarannya tidak

dijawab. Tetapi, sekarang sudah terjawab bila ayam sabung ketua pemuda UMNO Sabah, Mohd Taufik Titingan,

sah jadi KM bergilir ke 7,  Ghafur digugurkan dari kabinet negeri. Apakah itulah bentuk jawapan kepada

cabaran Ghafur sebelum ini. Pemimpin UMNO Sabah mengamal budaya politik ‘padan muka’ kepada kawan dan

lawan politik yang tidak ‘ngam’ dengan cara mereka. Budaya ini adalah warisan dari presiden mereka di

Kuala Lumpur. Siapa saja yang tidak setuju dengan cakap Mahathir akan diambil tindakan politik ‘padan

muka’, lihat apa jadi dengan Tun Daim, DS Anwar Ibrahim, Datuk Sabaruddin Chik, Datuk Zahid, Datuk

Shahril Samad dan lain-lain.


Datuk Ghafur adalah veteran politik Sabah, dia muncul sejak zaman Berjaya pimpinan Harris Salleh. Sejak itu,

namanya tidak pernah tercicir dalam senarai politikus Sabah yang menyertai pilihanraya. Semasa peringkat

awal UMNO menguasai kerajaan negeri melalui proses merampok disiang hari kuasa 2/3 DUN Sabah dari PBS

pada 1994. Ghafur adalah timbalan KM bergilir bagi kouta bumiputera muslim, disamping jawatan Menteri

Kewangan Negeri. Tetapi, namanya selepas itu tidak bersinar lagi. Sekali lagi, namanya naik kembali bila

Datuk Chong Kah Kiat menjadi KM bergilir ke 6 dengan menariknya semula sebagai menteri di Jabatan Ketua

Menteri.
 

Ketika, tempoh Datuk Chong hampir tamat. Ada spekulasi tentang siapa KM bergilir dari kem UMNO Sabah.

Desas-desus bertiup kencang, antara nama-nama yang disebut-sebut termasuklah Ghafur. Selain, Datuk Lajim,

Datuk Salleh dan spekulasi itu berakhir bila nama Datuk Musa Aman diumumkan oleh Dr Mahathir di Kuala

Lumpur yang Musa juga berada di KL ketika pengumuman tersebut. Kembalilah Musa dengan senyuman lebarnya

sampai ke telinga membawa berita gembira untuknya dan kroni-kroni. Di lapangan terbang KK nampak sangat

kroni-kroninya gembira bersorak dan mengkalungkan bunga ‘tahi ayam’ agar nama Musa semerbak bunga itu.

Kelihatan di lapangan terbang paling depan menyambut Musa ialah ketua pemuda UMNO Sabah, Taufik Titingan

yang pernah dicabar oleh Datuk Ghafur dulu. 


Bila meneliti dan membaca situasi dan sandiwara politik UMNO Sabah ini. Jelas, ada yang tersirat dari

yang tersurat. Pemerhati politik negeri dan rakyat akan terus menunggu satu lonjakan politik Sabah Baru

yang lebih matang, manusiawi dan amanah. 


Kita, tunggu dan lihat apakah nasib dan survival politik dua politikus veteran Sabah yang masih

berpengaruh ini. Mampukah Lajim dan Ghafur bertahan dengan sikap ‘politik syukur’ pada yang ada. Dari

tindak-tanduk politik dendam Musa dan kroni dalam UMNO Sabah.  

Akan berkuburkah Ghafur dan Lajim dalam politik Sabah? 

Ibn Sabah,
6.4.2003M.