Oleh : Penulis Khas
Berkali-kali aduan rasmi dibuat oleh Ahmad
Lutfi Othman kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) kerana mensyakki
Menteri Besar Selangor terbabit dalam amalan rasuah dan salahguna
kuasa. Ekoran itu, BPR telah menyiapkan laporan siasatan yang boleh
mensabitkan Khir, tetapi atas arahan Dr Mahathir, kes rasuah ini
dipendamkan begitu saja.
Inilah sikap munafik pemimpin Umno-BN. Walaupun
segala bukti dibentangkan, segala dokumen dikemukakan, segala fakta
ditunjukkan, tapi jika pemimpin atasan mahukan fail rasuah itu
disimpan, dan tidak didakwa di mahkamah, siapa berhak menghalangnya,
selain rakyat! Gunakan hak anda sebagai rakyat prihatin untuk
menolak parti yang selama ini ‘menternak pemimpin rasuah’!
Berikut adalah 20 kes rasuah Khir Toyo:
- Meluluskan
projek membina jalan merentasi bendang termahal, di Sekinchan,
sejauh 20.5 km, bernilai RM92.5 juta kepada kontraktor yang
hampir disenaraihitamkan, Meram Holdings. Menurut taksiran JKR,
kos jalan itu tidak boleh melebihi RM50 juta. Subkontraktor yang
menjalan semua projek berkenaan, Cabaran Wangsa, dimiliki
Pua Kim An, 27 tahun, tuan rumah yang pernah disewa oleh
Khir, manakala seorang lagi pengarah syarikat, Ahmad Termizi
Tajeury adalah penama Khir, yang juga mendapat 100 ekar tanah
yang memberi keuntungan minimum RM20 juta.
- Meluluskan
tanah 400 ekar di Shah Alam, pada 20 Disember 2000 kepada empat
syarikat berbeza (Layar Kekal, Tirai Gemilang, Samasys,
Usahasewa Sdn Bhd), tetapi seorang nama pengarahnya (Samsuri
Rahmat) hadir dalam semua syarikat tesebut, iaitu seolah-olah
Khir meluluskan tanah berpontensi tinggi itu kepada seorang
sahaja. Nilai tanah di kawasan berkenaan boleh mencapai RM1 juta
untuk satu ekar.
- Meluluskan
tanah kepada kroninya secara berulang kali dalam tempoh masa
singkat. Daripada hanya dua mesyuarat Exco Kerajaan Negeri yang
diambil secara rawak, iaitu pada 20 Nov 2000 dan 4 Julai 2001,
sekurang-kurangnya empat nama bertindan yang mendapat 100 ekar
setiap orang, Ahmad Termizi Tajjeury, A.Rahman Mokhtar,
Suzilawani Mustapin dan Ali Nordin. Semua mereka ada hubungan,
sama ada dengan Khir ataupun Setpol, Dr Karim Mansor. Sebahagian
tanah ini telah dijual, dan pemiliknya boleh mengaut keuntungan
RM200,000 seekar tanpa mengeluarkan modal walaupun satu sen.
- Meluluskan
tanah seluas 50 ekar setiap seorang kepada empat pemohon yang
hanya baru berusia 20 tahun (Ahmad Azmir, Noor Ashikin, Mardhiah,
Azril Yusri). Salah seorang darinya adalah anak Pegawai Daerah
Kuala Langat, di mana lokasi tanah itu dikesan. Difahamkan
sebahagian anak-anak muda ini tidak tahu pun yang mereka
mendapat tanah berkenaan kerana mereka hanya penama bagi pihak
yang rapat dengan Khir. Mereka ini hanya
menjadi pengarah syarikat, tidak pun sampai 40 hari
sebelum Exco meluluskan permohonan mereka. Beberapa syarikat
terbabit dikenal pasti mempunyai pemegang syer yang sama, yang
terdiri dari dua wanita yang ketika permohonan diluluskan baru
berumur 24 tahun.
- Bagaimana
Khir, pada bulan Mac 2001, hanya selepas 5 bulan menjadi MB,
boleh membayar semua baki pinjaman rumahnya sebanyak RM150,000
secara tunai kepada BBMB Kajang. Kalaupun beliau tidak
membelanjakan langsung elaun MBnya MB, beliau tidak mampu
membayar semua pinjamannya itu. Rumah itu juga diubahsuai dengan
kos yang besar, ini belum lagi dikira kos membina rumahnya
sekarang di Simpang Lima, Tanjung Karang, yang menelan belanja
lebih RM300,000.
- Menggunakan
kuasa dan pengaruhnya sebagai Pengerusi PKNS untuk mendapatkan
sebidang tapak banglo di Lot 14, Jalan 2/1G, Seksyen 2 Tambahan,
Bandar Baru Bangi dengan diskaun hebat, 50%.
Khir berbohong di DUN Selangor pada 31 Oktober 2001
apabila mendakwa beliau tidak membeli tanah itu,
kononnya kerana tidak mampu dan dia juga menafikan pernah
menerima dua tawaran dari PKNS dengan harga yang berbeza-beza.
Salinan pembayarannya telah diperolehi.
- Khir
memberi sumbangan peribadinya, berbentuk telur ayam, ayam
dan peralatan sekolah kepada pengundi di kawasannya, di Sungai
Panjang pada 25 Disember 2000. Nilainya
hampir RM200 ribu. Apabila dipersoalkan dari mana sumber
kewangannya, beliau, melalui akhbar Malay Mail pada 15 Januari
2001 mendakwa sumbangan ayam diperolehi dari Lintang Bistari Sdn
Bhd, sebuah syarikat bumiputera yang menurut Khir adalah
syarikat ternakan ayam terbesar di Sungai Panjang. Tinjauan
menunjukkan bukan ayam atau reban ayam tidak ada di kawasan
berkenaaan, malahan bulu dan tahi ayam pun tiada.
- Pada
17-18 April 2001, meluluskan kawasan kayu balak Kompartment 78
Hutan Simpan Hulu Langat kepada Fungsi Mewah Sdn Bhd, seluas
lebih 1200 ekar. Fungsi Mewah dimiliki oleh Pua Kim Seng, adik
Pua Kim An, yang mana rumahnya bersebelahan rumah sewa Khir di
Sekinchan dahulu. Pua Kim An juga dikesan mendapat tanah 100
ekar di Shah Alam. Keluarga Pua ini menyumbangkan dana kewangan
yang besar kepada Khir semasa kempen pilihan raya 1999 dahulu.
- Projek
membekal dan memasang paip air besi keluli MS1200mm, dari
Semenyih ke Banting sejauh 37.3 km, bernilai RM82,385,182.80.
Projek ini terlalu mahal dari taksiran awal, yang tidak boleh
melebihi RM40 juta. Dan jika sumber air diambil dari Pekan
Dengkil kemungkinan jaraknya dapat dipendekkan menjadi hanya 20
km dan ini lebih menguntungkan. Ahli keluarga terdekat Khir
didakwa mendapat imbuhan berpuluh juta daripada kontraktor LBH
Engineering.
- Meluluskan
konsesi membekalkan peralatan paip air untuk Jabatan Bekalan Air
Selangor kepada syarikat milik Naib Ketua Umno Tanjong Karang,
JAKS Sdn Bhd. Harga
paip JAKS 50% lebih
tinggi daripada harga kilang. Bayangkan, untuk 1meter paip,
harga JAKS adalah RM900 sedangkan harga kilang hanya RM600.
Selangor mahu tukar 5,000 km paip, jadi berapa untung JAKS?
- Meluluskan
kawasan balak di Kompatmen 78, Hutan Simpan Hulu Langat, seluas
lebih 1,200 ekar kepada Fungsi Mewah, milik Pua Kim Seng, iaitu
abang kepada Pua Kim Seng, bekas tuan rumah yang pernah disewa
Khir di Sekinchan. Keluarga Pua ini juga mendapat kontrak
membina jalan termahal (RM4.6 juta untuk 1km) merentasi sawah
padi daripada Meram Holdings, kontraktor yang hampir
disenarai-hitamkan.
- Khir
membayar RM10,000 sebulan bagi tapak banglonya, di Lot 14, Jalan
2/1G, Seksyen 2 Tambahan, Bandar Baru Bangi, yang dibelinya
daripada PKNS dengan harga diskaun 50 peratus. Sumber
pendapatannya dipertikai kerana sebelum ini beliau membayar
tunai RM150,000 hanya selepas lima bulan menjadi MB.
- Beliau
mengarahkan Pengarah JKR Selangor, melalui nota pensil (agar
dapat dipadam jika timbul kontroversi kelak), agar menyerahkan
projek yang membawa keuntungan lumayan kepada kontraktor kroni.
Antara projek terbabit ialah pembinaan jalan di Sabak Bernam,
masjid di Puchong Perdana, kem wataniah dan kuaters kakitangan
SUK di Shah Alam.
- Khir
mempunyai hubungan rapat dengan kontraktor yang memohon projek
kerajaan negeri, misalnya beliau bersama keluarga pernah
bermalam di sebuah resort mewah di Janda Baik milik kroninya,
Majulia Sdn Bhd. Ini bercanggah dengan surat akujanji yang
ditandatanganinya di depan Sultan Selangor.
- Menswastakan
kutipan tunggakan pembayaran ansuran bulanan rumah awam kos
rendah seluruh Selangor kepada syarikat kroni, Noble Nexus Sdn
Bhd melalui perjanjian konsesi pada 27 September 2001. Untung
lumayan dapat dipungut secara mudah kerana tugas Noble Nexus
hanya menghantar notis saman dan 30% kutipan menjadi miliknya..
- Meluluskan
pembelian kenderaan rasmi kepada
Exco Kerajaan Negeri Selangor dan Menteri Besar (dirinya sendiri)
melalui mesyuarat Exco ke 25/2001 pada 26 September 2001, tanpa
melalui prosedur yang lazim digunakan. Usia kereta rasmi MB
belum sampai lima tahun (didaftarkan pada Jun 1997), dan tempoh
Khir menjadi MB baru setahun sebulan, iaitu tidak sampai lima
tahun seperti sepatutnya. Beliau juga tidak merujuk kes ini
kepada Perbendaharaan dan Ibu Pejabat JKR di Kuala Lumpur.
Meskipun menyentuh kepentingannya, di mana kereta rasminya, Merc
S320L, no. plat BGF 7337 ditawar untuk dijual kepadanya, Khir
masih mempengerusikan mesyuarat dan tidak mengisytihar
kepentingannya.
- Khir
mengarahkan agar semua minit dan kertas mesyuarat Exco dikutip
semula selepas mesyuarat tamat, manakala segala bahan-bahan
penting mesyuarat Exco yang dipengerusikannya sejak Ogos 2000
tidak dibenarkan disimpan oleh Exco lain. Selalunya
kertas-kertas penting itu diedarkan kepada anggota Exco sehari
sebelum mesyuarat, iaitu pada Selasa, tetapi selepas isu
rasuahnya terbongkar, ia hanya diserahkan selepas setiap Exco
duduk di kerusi masing-masing. Maknanya, “Exco Selangor masuk
mesyuarat berlenggang, keluar pun berlengang.”
- Meluluskan
hampir 11 ekar tanah di
Bandar Baru Bangi, yang diwartakan sebagai kawasan rekreasi,
kepada syarikat kroni, Bestarama Sdn Bhd. Masyarakat setempat
membuat bantahan kerana setakat ini banyak kawasan hijau
dibangunkan demi mengejar keuntungan lumayan. Bestarama boleh
untung segera lebih RM14 juta. Menariknya, pemegang syer
Bestarama juga
pemegang syer Noble Nexus. Kedua-dua wanita itu hanya
penama bagi suku-sakat Khir.
- Menggunakan
ratusan ribu ringgit wang kerajaan negeri untuk membeli iklan
dua muka penuh berwarna dalam Utusan Malaysia,
sekurang-kurangnya pada 1 Feb, 16 Mac 2002, bagi menjawab
serangan Lutfi Othman yang mendakwa Khir mengagihkan tanah (yang
luas & mahal) buat kroni dan suku-sakatnya.
- Mengeksploit
mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES), untuk
meluluskan segala tanah & projek kepada sesiapa yang
disukainya tanpa kehadiran
Exco lain. Mesyuarat Exco esoknya hanya mengesahkan saja.
MTES menurut bekas penasihat undang-undang negeri tidak sah dari
segi legal jika ia merampas kuasa mesyuarat Exco.