Oleh
Ibn Sabah,
Hanya Boleh Untuk
Pemimpin Dan Ahli-ahli UMNO/BN Ortodok
Slogan ‘Malaysia
Boleh’ ada tersirat 1001 kisah khas untuk pemimpin dan ahli-ahli
UMNO/BN ortodok dan parasit. Slogan yang indah dalam merangsang
semangat rakyat Malaysia ini hanya dikhaskan untuk para pemimpin
UMNO/BN yang haprak, parasit dan ortodok. Ia tidak terpakai atau
tidak boleh dipakai oleh rakyat Malaysia yang bukan kelahiran UMNO/BN.
Itulah yang tersiratnya. Kalau boleh anak-anak Malaysia yang bukan
UMNO/BN diharam menggunakan slogan ‘Malaysia Boleh’. Bagi para
pemimpin UMNO/BN dan ahli-ahli ortodok lagi haprak itu yang
‘Boleh’ hanya orang-orang UMNO/BN.
Selain mereka tiada lagi yang berkebolehan. Boleh jadi
pemimpin hanya orang UMNO, boleh mentadbir hanya orang UMNO, boleh
jadi wira pemimpin dunia ketiga hanya orang UMNO, boleh jadi ketua
hakim/hakim hanya orang UMNO, boleh jadi peguam negara hanya orang
UMNO, boleh jadi ketua setiausaha negara hanya orang UMNO, boleh
jadi setiausaha kerajaan negeri hanya orang UMNO, boleh jadi
pengarah jabatan itu ini hanya orang UMNO/BN, boleh jadi ketua itu
ini juga hanya orang UMNO, boleh dapat projek itu ini hanya orang
UMNO, boleh jadi ketua kampung hanya orang UMNO, boleh jadi
JKKK hanya orang UMNO, boleh jadi pion
hanya orang UMNO, boleh jadi tukang sapu hanya orang UMNO, boleh
jadi tukang kebun di sekolah atau pejabat kerajaan hanya orang
UMNO, boleh dapat bantuan hanya orang UMNO, boleh dapat biasiswa
hanya anak-anak UMNO, boleh masuk universiti hanya anak-anak UMNO,
boleh…boleh…bermacam-macam lagi, semuanya hanya halal untuk
orang-orang UMNO/BN. Fikir penulis, itulah yang mahu diasak dan
ditanam ke dalam benak akal pemikiran rakyat selama ini.
Bumi Malaysia
hanya boleh dan halal untuk orang-orang UMNO/BN atau mereka yang
ada hubung kait dengan UMNO/BN. Di peringkat pemimpin, para
pemimpin UMNO/BN boleh buat apa saja yang mereka mahu, ikut suka
nafsu mereka. Mereka boleh jadi PM, menteri, MB/KM, EXCO dan
segala macam jenis jawatan politik hanya boleh untuk mereka.
Pemimpin lain yang sama berkelayakan dengan mereka, tidak layak
jadi PM, TPM, menteri, MB/KM, EXCO dan sebagainya. Fahaman
khurafat politik inilah yang
mahu ditanam ke
dalam benak rakyat di kampung-kampung. Sehingga orang kampung
angguk bodoh terima apa saja yang pemimpin UMNO/BN buat hatta
perbuatan yang salah seperti menyeleweng, salah guna kuasa, rasuah,
rompak harta rakyat dan mencabuli undang-undang, masih lagi orang
kampung boleh kata, tak apa pemimpin UMNO/BN tidak salah, hak
mereka sebagai pemimpin. Ertinya, orang kampung terus diperbodoh
macam lembu susu, lembu daging dan ayam daging. Dengan lain kata,
rakyat dipimpin untuk menjadi seperti lembu ayam belaan. Bila tiba
masanya akan disembelih/dijual untuk dimakan dan hasil jualannya
dijadikan dana untuk kempen pilihanraya setiap lima tahun bagi
mengekalkan kuasa dalam keadaan rakyat terus diperbodoh dan buta
sebuta-butanya terhadap pengertian sebenar politik dan amalan
demokrasi.
1001 Rahsia
‘Malaysia Boleh’
Untuk pemimpin
UMNO/BN semua boleh. Boleh jadi pemimpin, boleh jadi pencabul
undang-undang negara, boleh jadi perompak harta kekayaan milik
rakyat, boleh berebut projek, boleh mengamal rasuah, boleh salah
guna kuasa, boleh melakukan penyelewengan, boleh batalkan
perjanjian suka hati seperti dalam kes ROYALTI MINYAK kepada
kerajaan negeri Terengganu, boleh guna wang rakyat selamatkan
korporat belaan UMNO/BN, wang Tabung Haji boleh digunakan untuk
bail-out kroni dan anak bini yang bankrap, boleh agihkan kekayaan
negara/negeri ikut suka UMNO/BN kepada kroni dan anak bini tanpa
perlu terikat kepada undang-undang dan peraturan, boleh perkudakan
badan kehakiman untuk menyelamat pemimpin UMNO/BN atau kroni,
kawan-kawan yang bersalah, boleh memperkuda badan kehakiman untuk
menghukum musuh politik PM, musuh UMNO/BN yang boleh ancam
pengaruh PM dan UMNO/BN, boleh perkudakan SPR untuk kepentingan
politik UMNO, boleh memperkuda RTM demi kepentingan politik
propaganda UMNO/BN dalam membohongi serta memperbodohkan rakyat,
boleh zalimi musuh politik
UMNO/BN
sewenang-wenang, boleh buat dasar negara ikut kemahuan nafsu dua
tiga kerat pemimpin paling berkuasa dalam UMNO/BN, boleh guna Akta
ISA untuk tahan/tangkap musuh politik UMNO/BN yang boleh ancam
pengaruh UMNO seperti penahanan Sdra Saari Sungip, Ezam, Tian Chua,
Hishamuddin, Nik Adli dan lain-lain, boleh penjarakan DS Anwar
Ibrahim, Ezam dengan penghakiman yang diragui perjalanannya dalam
menegakkan nilai-nilai keadilanyang menjadi nyawa kepada mahkamah
dan kehakiman,boleh… boleh… boleh… macam-macam lagi. Yang
tidak boleh dan tidak halal, bila pakai lesen UMNO/BN atau ada
tandatangan PM, TPM, MB/KM, EXCO hatta tandatangan ketua cawangan
UMNO/BN pasti diboleh, dihalalkan dan tidak lagi haram. Sekalipun
bertentangan dengan undang-undang, perlembagaan dan peraturan
negara/negeri. Contoh, paling jelas pembatalan perjanjian wang
royalty minyak kepada negeri Terengganu secara sesuka hati
penguasa UMNO, perlaksanaan sistem bergilir ketua menteri di Sabah
yang tidak termaktub dalam Perlembagaan Negeri Sabah, tapi kerana
UMNO/BN yang bertentangan dengan Perlembagaan dan undang-undangpun
dibolehkan. Pendek kata, semua yang tidak boleh, bila pemimpin N0.
1UMNO keluarkan petua bukan fatwa kata boleh, bolehlah. Kalau yang
haram atau tidak boleh mengikut undang-undang, bila pemimpin N0. 1
UMNO/BN keluarkan petua bukan fatwa, halallah dan boleh jalan…
Bila Polis
Melaksana Slogan ‘Malaysia Boleh’ Pilih Bulu
Boleh berhimpun
atau mengadakan demontrasi secara aman untuk menandakan rakyat
negara ini menolak perang ke atas Iraq oleh tentera zionis Amerika
dan sekutunya. Hanya boleh untuk kumpulan rakyat yang ada orang
UMNO mengepalainya atau yang diketuai oleh ketua pemuda
‘pondan’ UMNO Malaysia, Datuk Hishamuddin Tun Hussien, sepupu
kepada Datuk Najib Tun Razak, Naib Presiden UMNO. Sementara
kumpulan rakyat Malaysia yang lain tidak boleh buat perhimpunan
dan demontrasi serupa, sekalipun tujuannya sama. Sebab yang boleh
hanya yang ada di dalam perhimpunan/demontrasi itu orang dan
pemimpin UMNO/BN. Buktinya, dalam demontrasi yang diadakan
di ibu negara, Kuala Lumpur baru-baru ini bagi menentang perang ke
atas Iraq. Teramat jelas tindakan ‘double standard’ penguasa
politik ‘elit’
UMNO/BN yang
memperkudakan PDRM untuk kepentingan politik sempit mereka
semata-mata. Polis dengan sikap tidak professional mengambil
tindakan jauh berbeza terhadap dua kumpulan rakyat Malaysia yang
berdemontrasi satu yang dianjurkan oleh Aman Malaysia yang
diketuai oleh pemuda UMNO/BN dan satu lagi kumpulan yang dinamakan
Gempar yang dianjurkan oleh pembangkang dan NGO’s. Kedua-dua
mempunyai matlamat sama demi untuk menentang tindakan perang ke
atas Iraq dan keduanya juga merupakan rakyat Malaysia, serta
demontrasi itu juga dibuat secara aman. Cuma berlain lokasi dan
penganjur. Rakyat menyoal kenapa demontrasi aman yang diketuai
oleh UMNO/BN tidak salah dan tidakdiambil tindakan oleh polis.
Sebaliknya, demontrasi aman yang diadakan oleh pembangkang, mereka
diburu, diprovok dan diambil tindakan secara tidak beradab oleh
polis. Sampai segerombolan polis, FRU, SB-SB dihantar ke
demontrasi aman anjuran pembangkang itu dengan niat dan sangkaan
negatif terhadap perhimpunan aman anjuran pembangkang.
Kalau pihak polis
mempersoalkan bab, bahawa satu perhimpunan tidak diganggu polis
kerana dapat permit polis dan satu lagi perhimpunan tanpa permit
polis. Di sini kita menyoalkan kepada pihak penguasa polis, apakah
perhimpunan yang didakwa tanpa permit itu yang dianjurkan oleh
pembangkang dan NGO’s itu tidak langsung membuat permohonan
dapatkan permit polis untuk berhimpun. Atau pihak polis sendiri
tidak memberikan permit berhimpun setelah dipohon, kerana sikap
prejudis lagi tidak professional polis dalam memberikan hak-hak
rakyat dalam negara ini untuk berhimpun secara aman kepada semua
rakyat bagi melahirkan rasa penentangan kepada kezaliman dan
ketidakadilan dunia dalam menangani isu perang di Iraq. Ini baru
satu perkara. Malahan dalam banyak perkara sebelum ini sikap polis
juga begitu terserlah dan terbukti betapa mereka tidak
professional dalam mengendalikan
hak-hak asasi rakyat dengan cara bertindak polis yang berat
sebelah. Terutama kepada kumpulan pembangkang di negara ini.
Berbeza sekali layanan polis berbanding layanan mereka kepada
kehendak parti UMNO/BN.
Dalam
isu-isu politik, polis sepatutnya bertindak lebih bijak dan
professional. Jangan mereka samakanmajlis politik dengan majlis
kerajaan yang ada pemimpin politik atas nama pemimpin kerajaan.
Majlis kerajaan satu yang berbeza dengan majlis politik yang
dihadiri oleh pemimpin kerajaan atas nama parti yang diwakilinya.
Bila mereka hadir atas kapasiti sebagai pemimpin politik, polis
tidak diikat oleh peraturan kerajaan. Sebaliknya, bila pemimpin
politik hadir dalam satu majlis atas nama majlis kerajaan, polis
wajar bertindak mengikut peraturan kerajaan dengan memberi kawalan
yang berbeza dengan ketika dalam majlis politik. Perkara serupa
inilah yang kadang kala tidak disedari oleh polis. Bukan saja
polis, bahkan pegawai kerajaan lain, termasuk orang-orang kampung
serta rakyat seluruhnya.
Rakyat Jangan
Relakan Diri Diperbodoh Selama-lamanya…
Pelbagai bentuk
sandiwara dan lakonan yang dilakonkan oleh pimpinan UMNO/BN dari
ketua cawangan hingga Presidennya dalam menggaya-gayakan sistem
pemerintahan dan pentadbiran negara ikut kemahuan hawa nafsu dua
tiga kerat pimpinan UMNO/BN. Ini dapat dilihat dalam banyak
perkara dari tindak-tanduk kerajaan UMNO/BN, seperti perubahan
dasar penggunaan bahasa Inggeris bagi subjek matematik dan sains,
pembatalan perjanjian royalty
minyak kepada kerajaan negeri Terengganu, pemberhentian bantuan
perkapita pendidikan kepada sekolah agama rakyat (SAR),
perlaksanaan sistem ketua menteri bergilir di Sabah,
melambat-lambatkan pembayaran geran kepada kerajaan negeri yang
dikuasai pembangkang di Kelantan, Terengganu dan Sabah sewaktu
diperintah kerajaan PBS.
Demi, untuk
membebaskan rakyat dan negara/negeri ini dari cengkaman kerakusan
kuasa UMNO/BN yang banyak membelakangi Perlembagaan dan
undang-undang dalam mereka memerintah sekarang. Rakyat wajib
bertindak dengan lebih berani untuk merubah dan menukar parti
kerajaaan yang telah banyak merampas hak-hak rakyat, mencabuli
undang-undang negara dan menjadikan harta rakyat/negara macam
harta benda milik peribadi atau harta parti UMNO/BN.
Dan, dalam
pilihanraya ke 11 nanti adalah medan rakyat untuk melaksanakan
misi merubah dan menentukan haja tuju negara ke arah lebih
demokratik, adil dan kerajaan yang baik (good government).
Kerajaan negeri yang dikuasai oleh BA di Kelantan dan Terengganu
adalah dua negeri contoh yang sedang rakyat tonton sendiri, betapa
kepimpinan kerajaan negeri Kelantan dan Terengganu yang sejak awal
telah ditekan oleh kerajaan pusat yang dikuasai oleh UMNO/BN
pimpinan Dr Mahathir. Dalam keadaan tekanan yang berbagai-bagai
itu; berupa tekanan-tekanan ekonomi, politik, undang-undang, media
dan lain-lain. Namun, kesungguhan kepimpinan kerajaan negeri
Kelantan dan Terengganu yang diketuai oleh dua orang Tuan Guru, DS
Haji Nik Abdul Aziz di Kelantan dan DS Haji Abdul Hadi Awang di
Terengganu dalam melaksanakan visi dan misi menegakkan keadilan,
demokrasi dan kerajaan yang baik lagi adil sudah terserlah dan
cukup meyakinkan. Sekalipun fitnah UMNO/BN hari-hari ditayangkan
oleh RTM Sendirian
Berhad milik UMNO/BN
setiap hari dengan menunjukkan perkara atau cerita negatif bagi
menggambarkan konon rakyat Kelantan dan Terebngganu miskin, tiada
pembangunan dan macam-macam lagi gambaran-gambaran kemiskinan
rakyat di kedua negeri itu. Sementara, usaha-usaha pembangunan dan
kelebihan lain yang dimiliki rakyat Kelantan dan Terengganu
disembunyikan oleh RTM. Jelas, niat buruk RTM kepada kerajaan
pimpinan BA/PAS/KeADILan dan PRM.
Sedang, dalam
situasi sama apa yang terjadi seperti kemiskinan rakyat di
negeri-negeri yang UMNO/BN kuasai disembunyi oleh RTM. Tetapi,
mereka gembar-gemburkan pembangunan sana-sini di negeri tersebut.
Yang baik-baik ditayang tiap-tiap malam. Keburukan mereka
sembunyikan. Itulah hipokrasi pimpinan UMNO/BN dalam tindak-tanduk
pemerintahan mereka dengan memperguna media milik rakyat seperti
RTM jadi stesyen media UMNO/BN untuk menyerang lawan politik
mereka melalui media propaganda.
Apakah rakyat mahu
meneruskan gaya dan system pemerintahan ala UMNO/BN yang sudah
lama menyimpang jauh sekarang. Pimpinan UMNO/BN sekarang lebih
banyak memikirkan agenda peribadi mereka. Bagaimana mahu menambah
kekayaan, bagaimana aku tambah istana, bagaimana kekayaan negara
dapat dikuasai untuk kayakan anak bini, berapa lagi tanah-tanah
rakyat dan negara boleh jadi milik aku, berapa banyak lagi balak
yang boleh aku dapat dan agih-agihkan sesama anak bini atau kroni,
berapa lagi pulau, pantai yang boleh aku miliki untuk dijadikan
resort dan membangun istana….berapa dan berapa…dan apa lagi
milik rakyat dan negara yang boleh aku eksploit untuk berpindah
milik menjadi milik aku dan anak bini. Inilah yang berlegar dalam
akal fikiran pemimpin-pemimpin UMNO/BN untuk terus berkuasa dan
memperolehi kekayaan. Sebab bagi mereka, bila sudah kaya mudahlah
memperdayakan rakyat dengan kekayaan yang dimiliki secara tipu
helah itu.
Sehingga ini, kita
dapat lihat bagaimana pimpinan UMNO/BN mahu menanamkan imej
kekayaan itu sebagai lambang kuasa, lambang pemimpin dan lambang
pengaruh. Orang miskin atau pemimpin miskin tak berwang, tiada
rumah besar, tiada harta yang banyak, tiada pulau, tiada kekayaan
diluar negara, tiada syarikat perniagaan, tiada kereta besar,
tiada imej tauke atau korporat…..tidak boleh jadi pemimpin,
tidak boleh jadi menteri, tidak boleh jadi YB, tidak boleh jadi
PM, tidak boleh jadi MB/KM, EXCO dan akhirnya, pemikiran ini bila
sudah sebati dalam benak jiwa rakyat senanglah UMNO/BN terus
berkuasa.
Mereka merancang,
tetapi Allah juga merancang. Rancangan Allah yang terbaik atau
sebaik-baik rancangan. Bagaimana bila SPR yang diperkuda UMNO/BN
menaikkan deposit calon pilihanraya sehingga RM20 ribu. Ini
merupakan satu perancangan licik lagi jahat UMNO/BN untuk
mengenepikan hak-hak demokrasi rakyat untuk menyertai pilihanraya.
Mana boleh rakyat tak berduit masuk pilihanraya, bila wang tak
cukup untukbayar deposit calon. Pendek cerita, pilihanraya akan
datang cuma calon-calon UMNO/BN saja yang layak jadi calon kerana
mereka memiliki kekayaan untuk jadi calon. Mudahlah bagi mereka
untuk menang tanpa bertanding, atas sebab tiada lagi calon lain
dikalangan rakyat atau parti-parti politik boleh jadi calon kerana
tak berduit. Nampak sangat slogan ‘Malaysia Boleh’ benar-benar
mahu dilaksanakan seluas-luasnya dalam negara ini demi untuk
kepentingan politik sempit, haprak dan parasit UMNO/BN dulu, kini
dan selamanya.
Untuk menidakkan
segala kerja-kerja politik haprak dan parasit para pemimpin UMNO/BN
yang ortodok ini, rakyat wajib menolak semua calon UMNO/BN dalam
pilihanraya ke 11 nanti. Insya-Allah, akan terlaksanalah slogan
‘Malaysia Boleh’ untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira
latar belakang politik, kaum, bahasa dan tempat.
Ibn Sabah,
5.4.2003M.