BPR Perlu Di Beri Kuasa Baru

Oleh Lim Kit SIang

Pernyataan oleh Pemangku Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi  bahawa siasatan ke atas rasuah atau penyalahgunaan kuasa yang melibatkan pegawai polis kanan telah menonjolkan keperluan memperbaharui pasukan polis dan BPR dan diberi kuasa baru jika rakyat Malaysia perlu diyakinkan rasuah atau penyalahgunaan kuasa polis tidak akan ditutup di negara ini.

Ini akan disahkan oleh kenyataan bahawa pengumuman Abdullah yang diberi liputan muka surat hadapan oleh dua media aliran utama, New Straits Time dan Berita Harian, dan wujud di muka surat dua akhbar Utusan Malaysia manakala diabaikan oleh akhbar The Star, tidak akan menimbulkan perasaan di kalangan rakyat kerana dianggap sebagai satu pernyataan basi lagi yang tidak mempunyai tujuan serius atau hasrat politik untuk mengubah pasukan polis dan BPR.

Walaupun pernyataan seperti pasukan polis akan bertindak terhadap unsur-unsur buruk dalam pasukan sentiasa diulangi, tetapi malangnya, nampaknya unsur-unsur buruk ini menjadi semakin banya. Walaupun unsur-unsur ini adalah amat sedikit dalam pasukan polis, tetapi puncanya harus disusur-galur daripada kekurangan kebudayaan tidak bertolak ansur dengan rasuah dan penyalahgunaan kuasa di semua peringkat perkhidmatan awam, bermula dari Menteri-menteri di Kabinet.

Satu kecacatan utama Laporan Tahunan Suhakam 2002 yang dibentangkan di Parlimen minggu lalu ialah kegagalannya mengatasi masalah ini, khususnya banyak aduan telah dibuat dengan Suhakam tentang penyalahgunaan kuasa dalam pasukan polis.

Laporan itu menyatakan Suhakam telah menerima 62 aduan yang berkaitan dengan penyalahgunaan kuasa oleh pasukan polis, mislanya kematian di bawah jagaan polis, keadaan terlalu sesak di lokup dan pusat penahanan, polis tidak mengambil tindakan atas laporan yang dibuat, pelanggaran proses di bawah seksyen 117, Kanun Acara Jenayah yang berkaitan dengan tahanan mahkamah atas orang yang ditangkap tetapi belum dituduh bagi kesalahan.

Diharapkan dalam laporan tahunan Suhakam pada masa depan, Suhakam akan menyertakan lampiran mengenai butiran atas aduan-aduan itu, ciri-ciri dan hasil siasatan Suhakam.

Nampaknya laporan Suhakam agak menggembirakan kerana pihak polis telah bertindak atas cadangannya dengan menubuhkan satu Meja Hak Asasi Manusia di Jabatan Siasatan Jenayah di mana pegawai-pegawai dilantik untuk mempercepat hubungan dan respon dan menggalakkan hubungan yang lebih baik dengan Suhakam. Ini merupakan satu langkah yang betul dan akan membantu mempercepat respon polis kepada siasatan Suhakam ke atas aduan-aduan, cadangan-cadangan dan perkara-perkara lain yang berkaitan dengan hak asasi manusia, tetapi ia merupakan satu langkah kecil pada peringkat birokrasi yang tidak mempunyai perubahan yang mendalam dalam pemikiran pasukan polis yang boleh didapati melalui orientasi dan pendidikan hak asasi manusia bagi seluruh pasukan polis.

Inilah sebabnya penubuhan Meja Hak Asasi Manusia masih tidak mengurangkan kejadian pencabulan hak asasi manusia seperti yang digambarkan dalam kejadian Palm Court di Brickfields, Kuala Lumpur pada bulan lalu. Ini hampir mengakibatkan krisis diplomatik di antara Malaysia dan India.

Apa yang diperlukan bukanlah Meja Hak Asasi Manusia, tetapi Bahagian Hak Asasi Manusia yang mengatasi kelemahan utama pasukan polis, iaitu sikap tidak sensitif, tidak peduli dan pencabulan hak asasi manusia dan menjalankan pendidikan hak asasi manusia bagi semua pegawai polis dan mewujudkan kebudayaan hak asasi manusia dalam Pasukan Diraja Polis untuk menerima dan bertindak atas aduan awam mengenai pencabulan hak asasi manusia dan bukan berhubung dengan Suhakam sahaja.

Tiada orang akan percayai bahawa siasatan ke atas rasuah dan penyalahgunaan kuasa polis tidak akan ditutup, kerana ini merupakan perkara biasa dalam perkhidmatan awam.

Kini sudah lebih daripada satu bulan Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Ling Liong Sik dan Ketua Belia MCa, Datuk Ong Tee Kiat membuat pelbagai tuduhan mengenai politik wang dalam MCA, tetapi pihak polis atau BPR tidak menunjukkan apa-apa tanda untuk menyiasat secara serius walaupun polis telah menerima laporan-laporan daripada pemimpin akar umbi MCA.

Bulan lalu, dalam suatu jawapan bertulis mengenai siasatan polis dan BPR ke atas Presiden MCA merangkap Menteri Pengangkutan kepada Ahli Parlimen DAP bagi Seputeh, Teresa Kok, Timbalan Menteri dalam Jabatan Perdana Menteri, Douglas Uggah Embas berkata bahawa BPR masih menyiasat beberapa laporan yang dibuat terhadap Ling Liong Sik sehingga kini.

Saya telah membuat laporan pada enam tahun yang lalu, iaitu pada 13 Jun 1997, untuk meminta BPR menyiasat Ling Hee Leong, anak lelaki Presiden MCA merangkap Menteri Pengangkutan, kerana memiliki pemerolehan korporat bernilai RM1.2 bilion dalam masa beberapa bulan semasa berumur 27 tahun dan sama ada beliau telah menyalahgunakan pengaruh politik dan jawatan menteri bapanya.

Pada 4 Jun 2002, saya telah membuat laporan polis terhdap Ling di balai polis Dang Wangi dan meminta polis menyiasat sama ada beliau telah melakukan kesalahan menghalang siasatan BPR di bawah Seksyen 19, Akta Pencegahan Rasuah akibat daripada pendedahan Soh Chee Wen dalam temu ramah dengan Malaysiakini, kesalahan ini membawa hukuman denda sebanyak RM100,000 atau penjara selama 10 tahun atau kedua-duanya.

Jika BPR akan mengambil masa selama enam tahun untuk menyiasat tetapi masih tidak dapat memberi hasil siasatan, bagaimanakah orang awam boleh diyakinkan penutupan siasatan ke atas orang ternama yang berpengaruh telah dihapuskan?